50 Keistimewaan seorang wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang
lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang
wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki
soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 6. Barang siapa yang
membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya
merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu,
dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca
“Alhamdulillahi’ alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji
bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada
Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari
neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman
dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat,
seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir
kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal
bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta
bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,
burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan
puasanya).
15. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab
baginda, “Suaminya” “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab
Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu,
berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya
serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari
pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
s.w.t.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang
hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam
hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat
dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2 1/2
tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita
bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan
puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak
selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka
Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni
dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang
suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah
mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang
lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani
suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu
neraka dan dibukakan baginyade lapan pintu syurga, yang dia
dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga
pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau
menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya
atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan
padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada
suaminya kerana
mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap
kalimah ucapannya,tiap- tiap langkahnya dan setiap renungannya
pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba.
Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga
tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu.
Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-
nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang
siang dan malamnya
menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan
suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang
Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke
rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua
kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan
tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang
buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya.
Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya,
dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu
malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya
dijadikan sumbu pelita.
Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah
kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana
memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar
mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam
majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu
menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda
Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak
ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nIscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan Bismillah’, Allah
akan berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan
peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara
dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh
langit dan bumi.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang,
Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus
benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan
benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas
untuknya di atas takhta di hari akhirat.”
48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan
rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan
mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya
pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan
sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya
kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. ”
50. Sabda Nabi s.a.w.: “Ya Fatimah barang mana wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai
dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari
sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan
akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada
taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari
api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s